For Sale!
Kapsul Minyak Zaitun Syria
.
Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea.
Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter yang hanya tumbuh di daerah yang
beriklim Mediterranean. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum
berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D,
E, K, dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang
dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan
pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak
zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.
Mengikut sejarah, beratus-ratus tahun yang lalu, dalam puisi Romawi
disebutkan bahawa buah Zaitun dapat memulihkan dan memperkuatkan daya
tahan tubuh.
Sementara itu, Bapa Kedoktoran Moden, Socrates pula menyarankan agar
kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan
masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang
mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang
diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang
menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian
ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean
yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang
lain.
Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa
penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang
rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai kuasa untuk merawat
penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam
masakan.
Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga
luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang
lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana
ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak
semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran.
Paras asid
yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E
dalam minyak zaitun dapat merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan
risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari
melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi
perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular,
arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.
Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan
Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos
menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar
dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus. Manakala
mengikut kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital
Universiti “Germans Trias Pujol” di Barcelona, Sepanyol ternyata
membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Saintis
Jepun pula mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas
berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.
Ibnu Qayyim pernah meriwayatkan bahawa minyak Zaitun yang dibancuh
dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya
lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing. Pakar
kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna
untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat
meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya
Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak
zaitun untuk menjaga kecantikannya. Jadi tidak syak lagi bahawa minyak
zaitun ini sememangnya mempunyai khasiatnya yang unik dan dapat
menyembuhkan 1001 macam jenis penyakit.
Cara Pengambilan : Makan 2 biji selepas sarapan atau sebelum tidur.
1 kotak x 12 paket – RM 120.00-1paket 20 biji
Sila tambah RM6 untuk Pos Semenanjung
Sila tambah RM10 untuk Pos Sabah Sarawak
SMS/Whatsapp: 0179658133
Sila tambah RM6 untuk Pos Semenanjung
Sila tambah RM10 untuk Pos Sabah Sarawak
SMS/Whatsapp: 0179658133
No comments:
Post a Comment