salasilah pembuatan jamu ssk dara..jom baca..
FORMULA JAMU SUSUK ini telah hidup dari zaman sebelom perang dunia ke-2
yg diwarisi turun temurun dukun bidan kampung delek, klang selangor ~
arwah Mbah Roliyah hj Ali yang telah meninggal dunia sebelom malaya
merdeka
Pembuat JAMU SUSUK DARA adalah cucu beliau Ms. Hanni. Anak kepada Hj Borhan bin Hj Ali anak kepada Mbah Roliyah.
Kepakaran arwah Mbah Roliyah adalah sakit puan, pengasihan dan pen......gaman rumahtangga.
Sebelom ini pada tahun 1970an sehingga lewat 1980an kerja kedukunan ini telah diwarisi oleh anak beliau arwah Yusak hj Ali.
Ketika peninggalan Hj Borhan bin Haji Ali pulang ke rahmatullah, Ms hani
telah didatangi dengan peristiwa - peristiwa aneh dan situasi. Sehingga
satu peristiwa ms hani mengalami keguguran dan dalam mimpi beliau
didatangi 3 org pening iaitu arwah abang beliau arwah Suhari hj Borhan
dengan senyuman, Arwah hj Borhan dengan memanggil ms hani untuk meminum
air yang sangat pahit dan suruh mengigit buah yang sangat keras serta
arwah mbah Roliyah sendiri menyelimutkan ms hani didalam mimpi dengan
daun - daunan.
Sehabis bangun dari tidur dengan badan yang masih lemah - lemah ms. hani
berkongsi pengalaman mimpi dengan suami. bermula dari saat itu ms. hani
mendekatkan diri dan mengenali herba - herba untuk kesihatan beliau
sendiri dan dibimbing oleh ibunya Hajah Sanniyah Hj Yusof.
Sehabis pantang dan badan kembali sehat, ms hani di datangi rakan -
rakan yang bermasalah rumahtangga dan dilema wanita. Sebagai rakan ms
hani berkongsi pengalaman dan rahsia. sehingga hari ini secara tidak
langsung ms hani telah terjebak dengan pembuatan jamu di atas permintaan
rakan - rakan sehingga kepada pengeluaran yang lebih banyak dan
permintaan tidak terhad dan meluas di kalangan wanita umum tidak kira
bangsa, agama dan keturunan.
Dengan ini juga secara tidak langsung membuka peluang menambah
pendapatan rakan - rakan wanita. Dan Membuka ruang Perniagaan kepada
usahawan - usahawan wanita di luar sana.
Sehingga ke hari ini kami sedang berusaha memenuhi permintaan pengguna
yang memerlukan khidmat nasehat dan runding cara penggunaan produk.
malah pembuatan produk ditingkatkan usahakan dengan lebih aktif dan
memenuhi standard kelayakan permintaan kerajaan Malaysia ~ insyaallah.
PRODUK SUSUK DARA ~ kat sini tak ada penggunaan kuasa sihir atau black2
magic. semuanya herba tulen semata2 dan tiada bahan pengawet.
Rahsia warisan sejak tahun 1850an.
No comments:
Post a Comment